Thursday, October 7, 2010
Sunday, November 1, 2009
Brainwriting Atau Idea Bertulis
Selain itu, Brainwriting atau idea bertulis pula merupakan satu kaedah pemikiran yang berkesan dimana ia mampu menyampaikan idea dengan jelas, tersusun, lancar dan bersesuaian secara konsisten. Sebaliknya, idea bertulis ini dapat dilakukan melalui ujian dan melakukan suatu kajian terhadap sesebuah produk seni. Brainwriting atau idea bertulis ini amat berguna dan penting dalam menganalisa sesuatu perkara mahupun rumit atau sebaliknya. Oleh itu, Pemikiran kreatif memberikan wawasan baru kepada kita dalam usaha memperoleh alternatif dalam sesuatu penyelesaian masalah. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Oleh itu, apa yang kita fikirkan dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan adalah konsep yang dikaitkan dengan brainwriting.
Posted by berudi at 1:39 AM 0 comments
Fishbone diagram
Manakala, Fishbone diagram pula merupakan gambarajah yang amat penting dalam proses mengingat. Oleh itu, fishboune diagram ini direka dalam bentuk gambarajah untuk menyenangkan seseorang dapat mengenalpasti apa yang terkandung di dalamnya. Sebarang permasalah yang berlaku dapat kita terjemahkan pada gambar rajah ”Fishbone” ini kerana mealui sebab-sebab dan akibat yang dapat kita senaraikan menjadi tulang-tulang ikan ini, maka jalan penyelesaian bagi dasar yang utama ini dapat kita selesaikan dengan baik. Gambarajah-gambarajah sebab dan akibat ini boleh mendedahkan perhubungan utama antara pembolehubah-pembolehubah yang pelbagai, dan kemungkinan punca-punca itu boleh berlaku.
Kesimpulannya, kaedah gambar rajah ”Fishbone” ini merupakan kaedah yang mengkaji tentang punca masalah yang berlaku selain akibat yang terhasil daripada punca yang berlaku berdasarkan sesuatu isu utama yang dikupas. Ini akan menyebabkan proses menganalisa data dan penilaian akan berlaku dan sekaligus menjadikan proses pemikiran kreatif berlaku secara serentak di dalam otak.
Posted by berudi at 1:37 AM 0 comments
Story Boarding
Berikut menunjukkan contoh ”Story Boarding” atau Papan Cerita adalah salah satu cara alternatif untuk mensketsakan sesuatu penceritaan sebagai alat paparan. Papan Cerita ini menggabungkan alat bantu seperti visual pada selembar kertas sehingga kepada naskah dan visual mengikut koordinasi yang terdapat dalam dunia kita sekarang. Papan Cerita ini telah diasaskan oleh Walt Disney Studio pada tahun 1930an. Kegunaan Papan Cerita seperti ini selalunya digunakan dalam filem, teater, buku-buku cerita seperti majalah atau komik dan animasi yang berkembang luas melalui cerita seperti ”Finding Nemo”, ”Madagascar” dan sebagainya. Penggunaan Papan Cerita ini berkait rapat dengan daya kreativiti seseorang. Ini adalah kerana, untuk menjadikan sesuatu cerita tersebut menjadi menarik dan seronok untuk ditonton adalah melalui proses pemikiran kreatif. Tentang apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku di dalam sesuatu penceritaan adalah bergantung kepada tahap pemikiran pengarang tersebut. Jika berlaku sebarang cetusan idea yang menarik, maka slot-slot di dalam Papan Cerita ini akan diubah samaada akan ditambah sesuatu adegan atau akan dibuang sesuatu adegan tersebut. Ini akan menjadikan daya pemikiran kreatif seseorang meningkat berdasarkan setiap slot cerita yang terdapat dalam papan cerita tersebut.
Posted by berudi at 1:34 AM 0 comments
Mind mapping atau peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda. Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak. Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk menarik perhatian semasa membaca. Selain itu, langkah-langkah membuat peta minda ialah Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar. Selepas itu, Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama sekurang-kurangnya 7 cabang utama. Daripada 7 cabang tersebut, bahagikan cabang tersebut kepada cabang-cabang kecil yang mengandungi fakta teperinci. Seterusnya, Setiap cabang utama dalam peta minda ini harus harus menggunakan satu ayat. Sebagai contohnya, Kaedah, jenis-jenis dan lain-lain. Dimana semua fakta di dalam cabang peta minda tersebut harus berhuruf besar dan tidak perlu berfikir dimana hendak meletakan cabang dan fakta tersebut. Oleh itu, Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak.
Posted by berudi at 1:31 AM 0 comments
Friday, July 17, 2009
- Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
- Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
- Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.
Posted by berudi at 10:59 AM 0 comments