THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 1, 2009

Mind mapping atau peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda. Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak. Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk menarik perhatian semasa membaca. Selain itu, langkah-langkah membuat peta minda ialah Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar. Selepas itu, Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama sekurang-kurangnya 7 cabang utama. Daripada 7 cabang tersebut, bahagikan cabang tersebut kepada cabang-cabang kecil yang mengandungi fakta teperinci. Seterusnya, Setiap cabang utama dalam peta minda ini harus harus menggunakan satu ayat. Sebagai contohnya, Kaedah, jenis-jenis dan lain-lain. Dimana semua fakta di dalam cabang peta minda tersebut harus berhuruf besar dan tidak perlu berfikir dimana hendak meletakan cabang dan fakta tersebut. Oleh itu, Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak.

0 comments: