THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 1, 2009

Story Boarding


Berikut menunjukkan contoh ”Story Boarding” atau Papan Cerita adalah salah satu cara alternatif untuk mensketsakan sesuatu penceritaan sebagai alat paparan. Papan Cerita ini menggabungkan alat bantu seperti visual pada selembar kertas sehingga kepada naskah dan visual mengikut koordinasi yang terdapat dalam dunia kita sekarang. Papan Cerita ini telah diasaskan oleh Walt Disney Studio pada tahun 1930an. Kegunaan Papan Cerita seperti ini selalunya digunakan dalam filem, teater, buku-buku cerita seperti majalah atau komik dan animasi yang berkembang luas melalui cerita seperti ”Finding Nemo”, ”Madagascar” dan sebagainya. Penggunaan Papan Cerita ini berkait rapat dengan daya kreativiti seseorang. Ini adalah kerana, untuk menjadikan sesuatu cerita tersebut menjadi menarik dan seronok untuk ditonton adalah melalui proses pemikiran kreatif. Tentang apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku di dalam sesuatu penceritaan adalah bergantung kepada tahap pemikiran pengarang tersebut. Jika berlaku sebarang cetusan idea yang menarik, maka slot-slot di dalam Papan Cerita ini akan diubah samaada akan ditambah sesuatu adegan atau akan dibuang sesuatu adegan tersebut. Ini akan menjadikan daya pemikiran kreatif seseorang meningkat berdasarkan setiap slot cerita yang terdapat dalam papan cerita tersebut.

0 comments: