Selain itu, Brainwriting atau idea bertulis pula merupakan satu kaedah pemikiran yang berkesan dimana ia mampu menyampaikan idea dengan jelas, tersusun, lancar dan bersesuaian secara konsisten. Sebaliknya, idea bertulis ini dapat dilakukan melalui ujian dan melakukan suatu kajian terhadap sesebuah produk seni. Brainwriting atau idea bertulis ini amat berguna dan penting dalam menganalisa sesuatu perkara mahupun rumit atau sebaliknya. Oleh itu, Pemikiran kreatif memberikan wawasan baru kepada kita dalam usaha memperoleh alternatif dalam sesuatu penyelesaian masalah. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Oleh itu, apa yang kita fikirkan dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan adalah konsep yang dikaitkan dengan brainwriting.
Sunday, November 1, 2009
Brainwriting Atau Idea Bertulis
Posted by berudi at 1:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment